Friday, July 23, 2010

Cinta Bersyarat

" Itulah, kamu doa letak syarat, mana tak frust macam ni."

Dua orang siswi aktivis dakwah terkebil-kebil di hadapan saya. Mereka datang mahu menghambur kekecewaan yang meraja gara-gara keputusan peperiksaan semester lalu yang tidak berapa menjadi.

" Ya Allah Ya Tuhanku, aku telah banyak beribadah kepadaMu, melakukan kerja dakwahMu, mengorbankan waktu dan tenaga untukMu. Oleh itu, aku sangat-sangat harapkan agar kau balaslah dengan memberikan kecemerlangan kepadaku dalam pelajaran."

Sudah! Kita pula yang memberi arahan supaya Allah membalasnya dalam KONTEKS pelajaran. Ini sekadar contoh ‘balasan’ yang kita minta Allah istijab dengan HANYA cara itu. Tidak salah meminta. Pintalah, pasti Allah kabulkan. Cumanya! Ya, cumanya sikap demand kita dalam berdoa menyebabkan kita menanggung kekecewaan yang keterlaluan dengan persangkaan buruk kepada Allah bahawa Dia tidak menunaikan janjiNya.

BERDOALAH TANPA SYARAT.
Biarlah Dia yang menentukan dengan cara apa Dia akan membalas kebaikan-kebaikan itu. Jangan meletakkan pensyaratan bahawa segala pengorbanan yang kita lakukan untukNya terutama buat para daei, adalah dengan pertimbangan kita mesti diluluskan dengan DEAN LIST sebagai bukti ayat Al-Qur’an :

Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu.

Allah kata, kalau kita tolong agama Dia, Dia akan tolong kita balik. Awat dalam exam, rasa blank saja. Result makin lama makin down. Kenapa Allah tak tolong pun?.”Rungutan seorang siswi aktivis dakwah. Beliau sedang kecundang dalam mengendalikan keyakinan bahawa Allah tidak akan menyalahi janjiNya.

Jelas sekali! masalah awalnya adalah dengan niat. Beramal bukan kerana cinta, tetapi menantikan balasan yang bersyarat. Semestinya tidak langsung menjadi kesalahan untuk membuat sesuatu amal dengan mengharapkan balasan baik daripada Allah. Tetapi ia lebih Allah hargai andai kita membuat sesuatu amal dengan segala bentuk pengorbanan yang susah-susah kita lakukan adalah kerana kita tahu, kita lakukan demi CINTA yang tak terungkapkan buat Dia. Ini tanda tingkat ikhlas yang paling tinggi.

Kalaulah boleh didengar suara rintih Rabiatul Adawiyah :

Aku melakukan semua ini bukan kerana mengharap syurgaMu, bukan kerana takut dengan nerakaMu. Tetapi semata-mata aku sangat mencintaiMu. Sungguh, tiada apa yang aku harapkan balasan dariMu. Hanyalah kerana jiwaku terlalu mencintaiMu.

Sangat indah andai ini yang terungkap dari bibir kekasih kita bukan. Semuanya demi cinta yang membesar buat kita. Hanya kerana cinta tanpa perlu balasan. Indahnya!

JANGAN MENGAJAR TUHAN ITU DAN INI

Inilah bahayanya. Sekarang bila kamu tak dapat score, kamu cepat hilang harapan. Sebab kamu fikir, kebaikan itu Allah akan balas ikut apa yang kamu minta. Jangan mengajar Tuhan hendak buat itu dan ini. Entah-entah Allah hendak bagi yang lebih baik. Dengan cara apa, bila dan apa benda tu, kita nantikan saja. Tapi ia PASTI!

Letih juga mahu memujuk jiwa murung yang hanya kehilangan sedikit nikmat dunia. Kadang-kadang begitulah kita. Dalam Allah menghilangkan sedikit-demi sedikit nikmat dunia yang kita selesa dengannya dahulu, sebenarnya dalam diam Dia telah gantikan nikmat akhirat yang kita tidak sedari. Dia cuba mengubah selera kita dalam memandang nikmat apa yang membawa ke syurga.

Berapa ramai yang mahu menghargainya!

Di sini, sedikit pemfokusan kepada peserta tarbiyah. Berapa ramai yang ‘menghilang’ gara-gara teruji dengan ‘pointer’ yang terjejas. Dengan hukuman, semuanya berpunca daripada komitmen dalam tarbiyah. Sungguh malang pengadilan yang dilakukan. Rata-rata kes yang terkumpul dalam rekod ‘kehilangan’ para daei adalah berpunca daripada BERDOA DENGAN SYARAT.

Ya Allah, aku korbankan waktu datang Usrah hanya demiMu. Mudah-mudahan, Kau permudahkanlah aku menjawab peperiksaan esok, Ameen.

Sekilas pandang doa sebegini nampak rona-rona ‘keikhlasannya’. Namun, rupanya punya syarat buat Allah. Dengar sini. Saya bercakap melalui pengalaman melalui perubahan nikmat yang Allah paksakan kepada saya. Doa yang sebegini kadang-kadang lekas mengecewakan kita apabila tiada pengabulan daripada Allah secara express. Apabila syarat yang diminta tidak dipenuhi, bagaikan terasa Allah tidak mahu menolong kita. Saat itu, dengan kedangkalan akal yang digayuti para syaitan, kita mulalah merasakan pengorbanan yang mulanya DEMIMU adalah sia-sia.

Tanyalah hati. Jika ia salah, maka ia hanya pengalaman saya dan beberapa individu. Secara pengalaman juga, Dia sungguh tidak memungkiri janji. Banyak sekali peristiwa ‘pertolongan’ yang saya tidak sangka-sangkakan akan berlaku. Bahkan lebih besar daripada syarat yang kita letakkan. Biarlah ia menjadi ‘simpanan’ cerita saya yang akan saya bongkarkan nanti-nanti. Apa yang penting, mulai sekarang lupakan syarat dalam berdoa, serta yakinlah Allah tidak akan sia-siakan pengorbanan kita. Tidak akan sia-siakan.

Wednesday, July 21, 2010

Saya Cinta Dia..

CINTA SEORANG LELAKI...

Selalunya kita sering mendengar kata-kata daripada wanita bahawa lelaki tak jujur,suka mempermainkan wanita,buaya darat..Ya,sebagai seorang lelaki saya tidak langsung menafikan kenyataan tu.Itulah lelaki.Tidak seperti wanita yang sentiasa bermain dengan perasaan.Jika telah bercinta,wanita merasakan lelaki itulah yang terbaik dan akan menjadi pasangan dunia akhirat.Si lelaki pula,aku "couple" ni,saja je...Seronok-seronok.


Tetapi,adakah lelaki tidak ada perasaan cinta?Bagaimana pula cinta sang lelaki?.....


Lelaki tidak akan terlalu mudah jatuh cinta.Memang wujud lelaki yang mudah melafazkan kata-kata seperti "I love U".Tetapi itu hanya kata-kata,kerana lelaki amat susah untuk benar-benar jatuh cinta.Apa yang hendak saya nukilkan di sini adalah bagaimana jika lelaki benar-benar jatuh cinta.


~Lelaki telah jatuh cinta pada seseorang wanita jika dia begitu malu dengan wanita itu.Sehingga hendak mengangkat pandangan mata pun terasa begitu berat,apatah lagi berbicara.Dia akan menganggap wanita itu sempurna di matanya.Jika selama ini dia seorang yang banyak bercakap,tetapi di hadapan wanita yang di cintainya,dia bagaikan si bisu.


~Lelaki jatuh cinta apabila dia sanggup melakukan apa saja demi wanita yang dicintainya tetapi tidak mahu wanita itu mengetahuinya.Jika dia tahu wanita itu dalam kesusahan,air matanya turut mengalir.


~Lelaki jatuh cinta apabila dia sangat mengambil berat tentang wanita yang dicintainya walaupun dari jauh.Dia sentiasa akan bertanya kepada sesiapa saja untuk mengetahui tentang wanita itu.


Itulah sebenar-benar cinta bagi sang lelaki.Kehebatan cinta yang datang dari hati lelaki amat pelik,amat aneh.Sesuatu perkara yang sukar hadir dan apabila ia hadir ia cukup hebat.Inilah sifat lelaki yang begitu jujur dalam percintaan dan rasa cintanya langsung tidak dinodai oleh nafsu.Cinta adalah fitrah yang suci yang diciptakan oleh Allah untuk manusia.Tetapi apabila nafsu mengawal cinta,hilanglah kesucian cinta itu...


Khatimah....


Lelaki yang benar-benar mencintai wanita tidak akan mengajak wanita yang di cintainya membuat perkara yang di tegah..Jika kita mencintai seseorang,pastinya kita mahu si dia sentiasa berada dalam kebaikan.Jika dia mengajak kita sama-sama membuat perkara yang di tegah,adakah dia membawa kita ke arah kebaikan?Adakah itu cinta???...........Fikir-f
ikirlah....

Tuesday, July 20, 2010

Ragam Remaja


Suatu perkara yg berlaku.. Pada waktu yg tidak dicatat =

cahir: ibu,kawan2 cahir ramai blik tahun ni,dorg nk kawin

ibu: huh?

cahir : aah,ade y kawin dgn sama2 tempat,ade y kawin lain2 tempat blajar

ibu : buat ape nk kawin time blajar?abiskan dulu blajar tu

cahir : err....kan x salah kawin awal,dapat elak wat maksiat..islamic gitu

ibu : alaa,nk seribu daya,xnk seribu dalih..kalau iman tu kuat,xdenye wat maksiat...nnt da dapat anak,susah plak nk stdy

cahir : anak tu kan rezki dari tuhan..hahahhahahahha..plus,kan leh rancang kalau x nk anak lagi

ibu : aah..mmg anak tu rezki,kalau dapat yg nakal mcm budak bernama ahmad syahir ,mcmna?

cahir : nakal sgt ke ?

ibu : xde la nakal sgt,baju skolah y warna putih bleh jadi kuning,mcm kat skolah tu ade kandang...masuk mall meronta2 n begolek2 atas lantai mintak mainan..xde la nakal sgt..g skolah ponteng kelas tu pon xde la nakal sgt

cahir : hmm..so,setuju x kalau cahir nk kawin awal?

ibu : x bleyh!ada hati nk kawin awal,duit nk isi minyak kete pon takde..

cahir : ok,bye.trima kasih.love you!
 
*tiada kaitan antare yg hidup maupun yg mati..kerna blom terjadi lg..haha